Album ini mengetengahkan lagu-lagu hit daripada konsert bergerak mereka dari Konsert Battle Of The Bands iaitu Lagu Nostalgia Rindu dan Manusia dan Janji.
Album ke dua ini menampilkan gitarist baru iaitu opie yang menggantikan tempat hamdan reko. Album ini mendapat sentuhan daripada M Nasir selaku penerbit utama.
Album ini terhasil apabila berlaku beberapa perubahan pada kumpulan bloodshed. Dimana nama asal Bloodshed telah ditukarkan kepada Blackshed hasil daripada tekanan kerajaan yang pada ketika merasakan penggunaan nama tersebut tidak sesuai dan ganas.
Single di dikeluarkan beberapa bulan selepas kembalinya Bloodshed dalam industri muzik tanah air pada tahun 2008. Sambutan yang amat menggalakkan terhadap single mereka menjadi titik tolak kepada mereka untuk terus berjuang dan berkarya.