Santai Aidilfiri 2017
Bersama sahabat-sahabat lama Bloodshed di Bloodbrothers Cafe
Bloodshed's Private Show
Menara Felda | April 2017
Malam Perjumpaan Bloodbrothers Kali ke 4
Gulam Mee | Ogos 2017
Menunggu kehadiran rakan-rakan dari Singapura
Bloodbrothers Cafe | Ogos 2017
Ilusi Sebuah Mimpi
Album pertama Bloodshed 1987
Line up Album Ilusi Sebuah Mimpi
Hamdan Triumph | Hamdan Reko | Rawita | Rosdan | Judy
Battle Of The Bands '86
Bloodshed | Ella & The Boys | Rahim Maarof & Whitesteel | SYJ | Lefthanded

Sejarah

      Sejarah awal kumpulan ini adalah bermula pada tahun awal 1980an lagi yang mana pada ketika itu muzik rock mula bertapak di negara Malaysia. Bermula dari bahang muzik rock yang datangnya dari negara Eropah sehinggalah ke Singapura dan Indonesia. Pada ketika itu kumpulan seperti Godbless dari indonesia dan Sweet Charity dari Singapura menguasai muzik rock nusantara. Kehebatan beberapa kumpulan rock ini, menunjukan petanda awal bahawa kebangkitan muzik rock akan menguasai muzik tempatan. Salah satu daripada kumpulan muzik rock yang berjaya mencipta nama itu adalah Kumpulan Bloodshed. Ini tidak dapat disangkal lagi dengan sambutan yang amat luarbiasa diberikan kepada mereka ketika acara "roadshow" persembahan Battle Of The Band yang diadakan pada tahun 1986.

     Kumpulan Bloodshed adalah merupakan hasil gabungan daripada dua buah kumpulan rock utama yang sering melakukan persembahan di sekitar Kuala Lumpur pada tahun 1983. Mereka adalah terdiri daripada Kumpulan Patrol dan Kumpulan Speed Sound. Pada ketika itu Speed sound dianggotai oleh Rozawir Toni, Fakrurazi Sulaiman dan Rawita. Manakala Kumpulan Patrol pula dianggotai oleh Mohd Hamdan Mohd Yusof, Hamdan Ahmad, Azizul Azman Abd Aziz dan Ahmad Zaini Abd Aziz.

     Kumpulan Bloodshed tertubuh pada awalnya terdiri daripada 6 orang ahli utama iaitu 2 anggota daripada ahli kumpulan Patrol , 3 ahli daripada Kumpulan Speed Sound dan seorang anak muda dari Ipoh, Perak. Mohd Hamdan Mohd yusoff (Hamdan Reko) selaku gitarist utama, Azizul Azman Abd Aziz (Judy) pemain keyboard dari Kumpulan Patrol manakala dari Kumpulan Speed Sound pula dibarisi oleh Rozawir Tony (Ross) selaku pemain drum, Fakrurazi Sulaiman (Razzey) pemain gitar kedua dan Rawita Mat Shah (Awi) sebagai pemain gitar bass. Kehadiran Vokalist utama iaitu Rosedan Baharom yang merupakan seorang anak muda yang berasal daripada ipoh telah memantapkan lagi mutu persembahan kumpulan ini.

     Dengan tertubuhnya kumpulan ini secara rasmi, Kumpulan Bloodshed tidak menoleh kebelakang lagi. Mereka mengukir nama disetiap persembahan mereka dengan garapan muzik yang padat dan persembahan yang mempersonakan sehinggalah mereka disegani ramai. Kini mereka di anggap sebagai salah sebuah kumpulan lagenda rock di tanahair kita.

 

Album ini mengetengahkan lagu-lagu hit daripada konsert bergerak mereka dari Konsert Battle Of The Bands iaitu Lagu Nostalgia Rindu dan Manusia dan Janji.

Ilusi Sebuah Mimpi (1987)

Album ke dua ini menampilkan gitarist baru iaitu opie yang menggantikan tempat hamdan reko. Album ini mendapat sentuhan daripada M Nasir selaku penerbit utama.

Samarkand (1988)

Album ini terhasil apabila berlaku beberapa perubahan pada kumpulan bloodshed. Dimana nama asal Bloodshed telah ditukarkan kepada Blackshed hasil daripada tekanan kerajaan yang pada ketika merasakan penggunaan nama tersebut tidak sesuai dan ganas.

Villa Misteri (1989)

Single di dikeluarkan beberapa bulan selepas kembalinya Bloodshed dalam industri muzik tanah air pada tahun 2008. Sambutan yang amat menggalakkan terhadap single mereka menjadi titik tolak kepada mereka untuk terus berjuang dan berkarya.

Manifestasi Cinta (2008)

Latest Users

  • WilliamGoT
  • bardstone
  • Azman12345
  • Philippal
  • egFifMandri
  • dcfecMandri
  • ThomasRot
  • JoshuaHen
  • ukudetasv
  • RuslanChoky
  • st_rydanov1985
  • M.Grekov1989
  • shevtchyk1980S
  • kovaliev.S_1967
  • M.kidasov1988
  • kyrnikov.S_1985
  • st_bogidanov1965
  • M.karpovych1982
  • kurasov1965S
  • manpudih

Latest Articles