Santai Aidilfiri 2017
Bersama sahabat-sahabat lama Bloodshed di Bloodbrothers Cafe
Bloodshed's Private Show
Menara Felda | April 2017
Malam Perjumpaan Bloodbrothers Kali ke 4
Gulam Mee | Ogos 2017
Menunggu kehadiran rakan-rakan dari Singapura
Bloodbrothers Cafe | Ogos 2017
Ilusi Sebuah Mimpi
Album pertama Bloodshed 1987
Line up Album Ilusi Sebuah Mimpi
Hamdan Triumph | Hamdan Reko | Rawita | Rosdan | Judy
Battle Of The Bands '86
Bloodshed | Ella & The Boys | Rahim Maarof & Whitesteel | SYJ | Lefthanded

Salasilah

     Bagaimanakah wujudnya nama Bloodshed ini? Pada awalnya nama “Bloodshed” diilhamkan sewaktu mendapat tawaran bermain muzik di sebuah kelab rock di Jalan Medan Tunku, Kuala Lumpur. Anggota kumpulan Patrol tidak mahu menggunakan nama Kumpulan Speed Sound sebagai nama kumpulan baru mereka itu dan begitulah juga dengan kumpulan Speed Sound. Mereka bersepakat untuk mencipta sebuah nama kumpulan yang baru. Bagi memenuhi permintaan semua pihak, Ross mencadangkan supaya menggunakan nama “The Blood” iaitu "Darah". Namun ahli kumpulan yang lain merasakan nama itu masih tidak sesuai dan mantap. Judy melahirkan pandangan beliau yang seterusnya iaitu penambahan kata "Shed" dipengakhiran perkataan yang diutarakan oleh Ross. Maka sebuah nama baru muncul dan dipersetujui oleh ahli-ahli yang lain iaitu "BLOODSHED" atau diterjemahkan didalam bahasa melayu sebagai “Pertumpahan Darah”.

     "Pertumpahan Darah” adalah membawa maksud perjuangan, pengorbanan, kesetiaan dan kegigihan menjadi simbolik dan pegangan setiap anggota Bloodshed. Kelab Rock Red Rooster menjadi medan awal memperkenalkan kumpulan Bloodshed ke arena industri muzik tempatan secara serius. Dengan kehebatan bakat dan penampilan yang hebat, Bloodshed mendapat tempat dihati peminat. Dengan muzik padu dan skil permainan yang kemas, Bloodshed disegani dan digeruni oleh kumpulan-kumpulan rock yang lain.

     Lagu-lagu dari kumpulan Dio, Van Halen, Night Ranger, Loudness, ACDC adalah diantara yang menjadi pilihan kumpulan Bloodshed. Setelah beberapa lama bermain di Kelab Rock Red Rooster, kumpulan Bloodshed ditawarkan bermain di sebuah kelab terkemuka iaitu ”Hard Rock Cafe Damansara”. Pengunduran diri Ross, pemain drum dan Razzey, pemain guitar telah membawa kepada pertukaran ahli di dalam kumpulan Bloodshed. Hamdan Ahmad (Hamdan Triumph) telah mengambil posisi drum manakala Ahmad Zaini Abdul Aziz (Mike) selaku pemain guitar.

     Kemasukan kedua-dua bekas ahli kumpulan Patrol ini telah menyuntik semangat baru dalam meneruskan misi kumpulan Bloodshed iaitu ’Perjuangan, Pengorbanan, Kesetiaan dan Kegigihan’. Bloodshed secara konsisten terus mempersembahkan permainan muzik yang baik, kemas dan hebat. Kesungguhan dan kegigihan kumpulan Bloodshed terus mendapat perhatian peminat dan berjaya mengumpul pengikut-pengikut yang ramai dengan menggunakan muzik mereka sendiri .

Album ini mengetengahkan lagu-lagu hit daripada konsert bergerak mereka dari Konsert Battle Of The Bands iaitu Lagu Nostalgia Rindu dan Manusia dan Janji.

Ilusi Sebuah Mimpi (1987)

Album ke dua ini menampilkan gitarist baru iaitu opie yang menggantikan tempat hamdan reko. Album ini mendapat sentuhan daripada M Nasir selaku penerbit utama.

Samarkand (1988)

Album ini terhasil apabila berlaku beberapa perubahan pada kumpulan bloodshed. Dimana nama asal Bloodshed telah ditukarkan kepada Blackshed hasil daripada tekanan kerajaan yang pada ketika merasakan penggunaan nama tersebut tidak sesuai dan ganas.

Villa Misteri (1989)

Single di dikeluarkan beberapa bulan selepas kembalinya Bloodshed dalam industri muzik tanah air pada tahun 2008. Sambutan yang amat menggalakkan terhadap single mereka menjadi titik tolak kepada mereka untuk terus berjuang dan berkarya.

Manifestasi Cinta (2008)

Latest Users

  • WilliamGoT
  • bardstone
  • Azman12345
  • Philippal
  • egFifMandri
  • dcfecMandri
  • ThomasRot
  • JoshuaHen
  • ukudetasv
  • RuslanChoky
  • st_rydanov1985
  • M.Grekov1989
  • shevtchyk1980S
  • kovaliev.S_1967
  • M.kidasov1988
  • kyrnikov.S_1985
  • st_bogidanov1965
  • M.karpovych1982
  • kurasov1965S
  • manpudih

Latest Articles