Santai Aidilfiri 2017
Bersama sahabat-sahabat lama Bloodshed di Bloodbrothers Cafe
Bloodshed's Private Show
Menara Felda | April 2017
Malam Perjumpaan Bloodbrothers Kali ke 4
Gulam Mee | Ogos 2017
Menunggu kehadiran rakan-rakan dari Singapura
Bloodbrothers Cafe | Ogos 2017
Ilusi Sebuah Mimpi
Album pertama Bloodshed 1987
Line up Album Ilusi Sebuah Mimpi
Hamdan Triumph | Hamdan Reko | Rawita | Rosdan | Judy
Battle Of The Bands '86
Bloodshed | Ella & The Boys | Rahim Maarof & Whitesteel | SYJ | Lefthanded

Kenali Bloodshed (main page)

Kumpulan Bloodshed adalah merupakan sebuah kumpulan Heavy Metal Rock yang tidak asing lagi bagi Industri muzik di negara Malaysia khususnya dan Senusantara amnya. Lagu-lagu hit mereka masih menjadi siulan orang ramai dan sering diputarkan di corong-corong radio dari dulu hingga masa kini.

Hampir 20 tahun mereka menyepikan diri dari arena muzik tanahair. 

Kini berbekalkan semangat, azam, perancangan dan hala tuju mereka yang baru. Mereka sekali lagi bangkit memperjuangkan muzik mereka dan seterusnya mendidik generasi kini agar menyedari bahawa pentingnya hubungan diantara ibu-bapa dan anak, institusi kekeluargaan serta muafakat didalam sesebuah masyarakat.Mereka tidak mahu dilabelkan sebagai sebuah Kumpulan Rock yang membawa kearah kemudaratan, keruntuhan akhlak dan kehancuran masyarakat. Keruntuhan moral dan akhlak generasi kini harus di bendung dan dibimbing agar ianya tidak berterusan. Mentaliti masyarakat yang sering melabelkan kumpulan rock dengan gejala dadah dan tidak bermoral juga haruslah di kikis dan dihapuskan sedikit demi sedkit. Masih banyak ruang yang boleh diterokai dan kaedah yang boleh dilakukan agar masyarakat memahami muzik rock itu sendiri. Kehadiran kembali mereka kali ini dengan berimejkan sebuah kumpulan muzik rock bersih dan tersusun bersertakan sebuah misi dan visi yang murni juga membawa mesej yang tersendiri.

Mereka sekali lagi mengajak masyarakat khususnya para remaja untuk mendekati kumpulan ini dan memahami perjuangan mereka menerusi bait-bait lirik lagu yang mereka sampaikan. Muzik mereka yang agak keras tidak bererti membawa kearah kehancuran dan kemudaratan. Penghayatan perlu untuk memahami bagi setiap baris lirik serta maksud yang tersurat dan tersirat didalam senikata mereka. Konsep perjuangan, kehidupan, ketaatan, semangat patriotik cintakan negara dan nilai - nilai cinta yang murni sering diterapkan oleh kumpulan Bloodshed. Ini adalah salah satu cara mereka agar dapat mengajak masyarakat menghidari perkara - perkara yang boleh merosakkan institusi kekeluargaan dan masyarakat itu sendiri. Dibarisi oleh ahli-ahli pemuzik yang berkaliber dengan skill-skill permainan instrument yang hebat serta menampilkan vokalist remaja yang mantap. Kumpulan ini berharap dapat menghampiri dan memberikan sebuah kesan yang baik kepada masyarakat disegenap lapisan.

Pastinya dengan kemunculan kembali Kumpulan Bloodshed ini dinantikan oleh rakan-rakan seperjuangan didalam industri muzik itu sendiri dan para peminat-peminat mereka semestinya. Muzik adalah salah satu cabang hiburan dalam kehidupan. Seharusnya ia di fahami dan dinilai dengan lebih terbuka dan matang.

Album ini mengetengahkan lagu-lagu hit daripada konsert bergerak mereka dari Konsert Battle Of The Bands iaitu Lagu Nostalgia Rindu dan Manusia dan Janji.

Ilusi Sebuah Mimpi (1987)

Album ke dua ini menampilkan gitarist baru iaitu opie yang menggantikan tempat hamdan reko. Album ini mendapat sentuhan daripada M Nasir selaku penerbit utama.

Samarkand (1988)

Album ini terhasil apabila berlaku beberapa perubahan pada kumpulan bloodshed. Dimana nama asal Bloodshed telah ditukarkan kepada Blackshed hasil daripada tekanan kerajaan yang pada ketika merasakan penggunaan nama tersebut tidak sesuai dan ganas.

Villa Misteri (1989)

Single di dikeluarkan beberapa bulan selepas kembalinya Bloodshed dalam industri muzik tanah air pada tahun 2008. Sambutan yang amat menggalakkan terhadap single mereka menjadi titik tolak kepada mereka untuk terus berjuang dan berkarya.

Manifestasi Cinta (2008)

Latest Users

  • WilliamGoT
  • bardstone
  • Azman12345
  • Philippal
  • egFifMandri
  • dcfecMandri
  • ThomasRot
  • JoshuaHen
  • ukudetasv
  • RuslanChoky
  • st_rydanov1985
  • M.Grekov1989
  • shevtchyk1980S
  • kovaliev.S_1967
  • M.kidasov1988
  • kyrnikov.S_1985
  • st_bogidanov1965
  • M.karpovych1982
  • kurasov1965S
  • manpudih

Latest Articles