Santai Aidilfiri 2017
Bersama sahabat-sahabat lama Bloodshed di Bloodbrothers Cafe
Bloodshed's Private Show
Menara Felda | April 2017
Malam Perjumpaan Bloodbrothers Kali ke 4
Gulam Mee | Ogos 2017
Menunggu kehadiran rakan-rakan dari Singapura
Bloodbrothers Cafe | Ogos 2017
Ilusi Sebuah Mimpi
Album pertama Bloodshed 1987
Line up Album Ilusi Sebuah Mimpi
Hamdan Triumph | Hamdan Reko | Rawita | Rosdan | Judy
Battle Of The Bands '86
Bloodshed | Ella & The Boys | Rahim Maarof & Whitesteel | SYJ | Lefthanded

Diskografi

Bloodshed secara berterusan memperkemaskan dan mempamerkan mutu muzik yang baik dalam kesinambungan beberapa siri Album “Battle Of The Band”. Berkat kerjasama dan memegang amalan ’Perjuangan, Pengorbanan, Kesetiaan dan Kegigihan’, kumpulan Bloodshed menuju kemasyuran apabila ditawarkan untuk menghasilkan album solo berkumpulan oleh syarikat rakaman gergasi EMI.
Dan yang lebih membanggakan, kumpulan Bloodshed merupakan kumpulan muzik rock berat yang pertama menjadi artis syarikat rakaman gergasi itu. Bagaimanapun, kemunculan album solo kedua kumpulan Bloodshed dikejutkan dengan pengunduran diri secara tiba-tiba oleh pemain guitar utama, Hamdan Reko dan tempatnya digantikan oleh Opie bekas pemain guitar utama kumpulan Juara-Juara Rock, Scandal.

Gabungan bersama Bloodshed dan Penerbit hebat M.Nasir, menyaksikan keunggulan kumpulan ini berada di kemuncak kemasyurannya apabila album solo kedua yang menampilkan lagu killer “Srikandi Cintaku” dan “Samarkand” mendapat sambutan yang luar biasa dari peminat-peminat muzik.

Selepas beberapa siri jelajah Konsert ke seluruh tanahair, Bloodshed kembali dengan album solo ketiga dan sekali lagi dikejutkan dengan pengunduran diri vocal utama, Rosedan dan pemain Keyboard, Judy. Posisi vocal utama digantikan dengan Farid dan pemain Keyboard, Zana menyambung misi dan perjuangan. Dan seperti biasa, Bloodshed terus menghasilkan ciptaan-ciptaan lagu dan susunan muzik yang baik seperti lagu ”Villa Misteri”, ”Harimau” “Misi” dan banyak lagi. Dan selepas penghasilan album ketiga, kumpulan Bloodshed mengambil keputusan untuk berehat sementara dari dunia muzik rock tempatan.

Perjuangan dan semangat setiakawan yang padu diantara semua ahli kumpulan demi mengejar cita-cita dan melakar sejarah dalam dunia muzik tanahair patut dicontohi dan dijadikan idola yang memberi ilham kepada generasi baru masa kini.... Adakah Bloodshed bakal kembali semula ke dunia muzik tempatan ? Kemunculannya pasti dinanti-nantikan oleh penggemar-penggemar muzik yang mahu melihat Bloodshed terus ROCK …….

Hari ini, selepas hampir 20 tahun masa berlalu, Lagenda kumpulan rock ternama ini bakal kembali dengan semangat dan inspirasi yang lebih jitu. Misi semangat padu ’Perjuangan, Pengorbanan, Kesetiaan dan Kegigihan’ dikekalkan mengikut keperluan peredaran zaman.

Dengan dibarisi muka-muka lama dan baru, Bloodshed sudah bersedia kembali ke arena industri muzik tempatan dari rehat yang panjang. Walaupun menyedari keadaan semasa industri muzik tempatan tidak menentu, Bloodshed yakin dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk semua peminat-peminatnya secara khusus dan kepada industri muzik tanahair secara amnya. Apatah lagi keputusan Bloodshed untuk kembali ke dunia muzik disambut baik oleh pengikut-pengikut mereka yang ramai dan setia merindukan muzik rock berat yang berkualiti mantap dan progresif.
BLOODSHED Di Dalam Album-Album “Battle Of The Band”

Album ini mengetengahkan lagu-lagu hit daripada konsert bergerak mereka dari Konsert Battle Of The Bands iaitu Lagu Nostalgia Rindu dan Manusia dan Janji.

Ilusi Sebuah Mimpi (1987)

Album ke dua ini menampilkan gitarist baru iaitu opie yang menggantikan tempat hamdan reko. Album ini mendapat sentuhan daripada M Nasir selaku penerbit utama.

Samarkand (1988)

Album ini terhasil apabila berlaku beberapa perubahan pada kumpulan bloodshed. Dimana nama asal Bloodshed telah ditukarkan kepada Blackshed hasil daripada tekanan kerajaan yang pada ketika merasakan penggunaan nama tersebut tidak sesuai dan ganas.

Villa Misteri (1989)

Single di dikeluarkan beberapa bulan selepas kembalinya Bloodshed dalam industri muzik tanah air pada tahun 2008. Sambutan yang amat menggalakkan terhadap single mereka menjadi titik tolak kepada mereka untuk terus berjuang dan berkarya.

Manifestasi Cinta (2008)

Latest Users

  • WilliamGoT
  • bardstone
  • Azman12345
  • Philippal
  • egFifMandri
  • dcfecMandri
  • ThomasRot
  • JoshuaHen
  • ukudetasv
  • RuslanChoky
  • st_rydanov1985
  • M.Grekov1989
  • shevtchyk1980S
  • kovaliev.S_1967
  • M.kidasov1988
  • kyrnikov.S_1985
  • st_bogidanov1965
  • M.karpovych1982
  • kurasov1965S
  • manpudih

Latest Articles