Santai Aidilfiri 2017
Bersama sahabat-sahabat lama Bloodshed di Bloodbrothers Cafe
Bloodshed's Private Show
Menara Felda | April 2017
Malam Perjumpaan Bloodbrothers Kali ke 4
Gulam Mee | Ogos 2017
Menunggu kehadiran rakan-rakan dari Singapura
Bloodbrothers Cafe | Ogos 2017
Ilusi Sebuah Mimpi
Album pertama Bloodshed 1987
Line up Album Ilusi Sebuah Mimpi
Hamdan Triumph | Hamdan Reko | Rawita | Rosdan | Judy
Battle Of The Bands '86
Bloodshed | Ella & The Boys | Rahim Maarof & Whitesteel | SYJ | Lefthanded

Album & Lagu

 

Kecemerlangan kumpulan Bloodshed berterusan apabila ditawarkan oleh Promoter terkenal, saudara Ali Bakar untuk menyertai Album ”Battle Of The Band”. Album “Battle Of The Band” dibarisi oleh lima kumpulan rock hebat seperti Bloodshed, Lefthanded, Ella & The Boys, SYJ dan Rahim Maarof & The Whitesteel menjadi kegilaan peminat-peminat muzik rock. Album “Battle Of The Band” mendapat sambutan dan bintang Bloodshed terus bersinar. Lagu-lagu ciptaan kumpulan Bloodshed menjadi siulan anak muda pada masa itu dan berterusan sehingga kini.

Gaya dan penampilan mereka menjadi ikutan, dan sekelip mata melonjakkan nama kumpulan Bloodshed kepersada seni tanahair. Kehebatan solo petikan guitar seperti dalam lagu “Nostalgia Rindu” begitu memukau dan keserasian bunyi semua instrument menghasilkan susunan muzik yang kemas dan bertenaga untuk lagu “Manusia dan Janji” menobatkan kumpulan Bloodshed selaku kumpulan muzik rock berat yang unik dan berkualiti. Lagu-lagu kumpulan Bloodshed banyak berkisar mengenai perjuangan, kehidupan, kesedaran, nasihat disamping menerapkan nilai-nilai positif.

 

Album-Album dari Kumpulan Bloodshed

  1. Battle Of The Bands 1 & 2
  2. Ilusi Sebuah Mimpi
  3. Samarkand
  4. Villa Misteri
  5. Manifestasi Cinta
  6. Tunanetra

Album ini mengetengahkan lagu-lagu hit daripada konsert bergerak mereka dari Konsert Battle Of The Bands iaitu Lagu Nostalgia Rindu dan Manusia dan Janji.

Ilusi Sebuah Mimpi (1987)

Album ke dua ini menampilkan gitarist baru iaitu opie yang menggantikan tempat hamdan reko. Album ini mendapat sentuhan daripada M Nasir selaku penerbit utama.

Samarkand (1988)

Album ini terhasil apabila berlaku beberapa perubahan pada kumpulan bloodshed. Dimana nama asal Bloodshed telah ditukarkan kepada Blackshed hasil daripada tekanan kerajaan yang pada ketika merasakan penggunaan nama tersebut tidak sesuai dan ganas.

Villa Misteri (1989)

Single di dikeluarkan beberapa bulan selepas kembalinya Bloodshed dalam industri muzik tanah air pada tahun 2008. Sambutan yang amat menggalakkan terhadap single mereka menjadi titik tolak kepada mereka untuk terus berjuang dan berkarya.

Manifestasi Cinta (2008)

Latest Users

  • WilliamGoT
  • bardstone
  • Azman12345
  • Philippal
  • egFifMandri
  • dcfecMandri
  • ThomasRot
  • JoshuaHen
  • ukudetasv
  • RuslanChoky
  • st_rydanov1985
  • M.Grekov1989
  • shevtchyk1980S
  • kovaliev.S_1967
  • M.kidasov1988
  • kyrnikov.S_1985
  • st_bogidanov1965
  • M.karpovych1982
  • kurasov1965S
  • manpudih

Latest Articles